Assalamualaikum......
Tiba - tiba sahaja Nieyl rasa nak tulis dalam Bahasa Melayu. Maaflah, baku sedikit ya......
Hari ini, segala peristiwa yang berlaku sudah mencapai penghujungnya. Sepupu Nieyl yang datang dari KL sudah balik ke rumah mereka setelah 4 hari 3 malam menetap di rumah Nieyl. Seronok sangat, walaupun sekejap tetapi terasa sangat kehadiran mereka. Sudah tentulah, mereka merupakan antara sepupu Nieyl yang paling rapat. Mereka minat 2PM, Nieyl pun minat 2PM terutamanya Ok Taecyeon. Adakah patut Mama Nieyl samakan Oppa Taecyeon dengan Lee Chong Wei? Lee Chong Wei tu kacak, tetapi Oppa Taecyeon lagi manis apabila mata memandang, hehehe...
Peliklah pulak bila tulis dalam Bahasa Melayu baku ni kan. Lagi satu peristiwa yang mencapai penghujung pula ialah drama Korea 'Becoming A Billionaire'. Nieyl terlepas beberapa episod sahaja. Di sini, Nieyl ingin meletakkan beberapa gambar drama ini.
Ji Hyun Woo sebagai Choi Suk Bong
Lee Boo Young sebagai Lee Shin Mi
Nam Goong Min sebagai Choo Won Seok
Lee Si Young sebagai Boo Tae Hee
Itu sahaja dari Nieyl untuk hari ini......





No comments:
Post a Comment